Thursday, June 18, 2009

COBALAH UNTUK SETIA

COBALAH UNTUK SETIA..
Sepeninggalan Fatimah ke upsi banyak perkara yang terjadi di rumah.. contohnye, cicak yang bernama Hisham yang telah membuat setinggan dia yg tersendiri di rumah ini telah menambahkan bilangan ahli keluarganye.. mungkin kelak beliau dengan bilangan ahli keluarge yang banyak tu, leh la menyertai pertandingan futsal di kompleks sukan di sini..selain itu, semut2 di rumah ini juge masih meneruskan semangat kental mereka untuk menyingkirkan ahli keluarga kami dan menguasai rumah kami.. juge, hamster peliharaan oit (name glamer adik timah yang form 5 itu) telah kembali ke rahmatullah..sebabnye, mungkin hamster itu telah mencapai tahap kebosanan 9 skala ritcher sehingga beliau terpaksa mematikan diri beliau sendiri..mane tak bosan..terkurung je dalam sangkar..dikelilingi ngan permenan yang pusing2 tu..
Balik je umah, fatimah macam agak terkesima melihat kan keadaan rumah yang telah berubah menjadi “Edible Garden”.. kat tepi rumah ayah ngan mak telah menanam pelbagai jenis tumbuhan hijau,ungu, merah dan oren yang boleh di makan..
Jenis tumbuhan mengikut kategori warne:-
1) Hijau: bendi, kacang botol, cili hijau, pokok ubi kayu
2) Merah: cili merah
3) Ungu: terung
4) Oren: labu

Dan juge, sejak timah balik ni, fitri (adik bongsu) telah menyerahkan watikah peralihan kuasa(tugas sebenarnye) kepada timah sebagai penyiram bunge dan sayur pada setiap pagi dan petang yang baru.. takpe la kan, selame ni dia buat..cuti2 ni biarle timah buat..

Selain itu, cuti ini juge fatimah juge telah melakukan sekali lagi tindakan yang agak boleh menimbulkan kehangenan bapakku.. fatimah hampir2 melanggarkan persona beliau ke tembok rumah..sikit lagi nak kene.. bapakku pucat muke beliau ketika melihat kejadian itu.. mesti beliau menyesal meninggalkan kunci itu merata2.. huhuhu..beliau kate ”dik, ayah kene simpan kunci ni dalam peti besi kalo ko ade kat umah” (bercakap sambil mengurut dada beliau sendiri).. tu la ayah, fatimah nak amek lesen, xmoh bagi..katenye, kalo ade lesen, smp ke Bukit kayu hitam fatimah g..huhu.. ayah2..dekot!..

Mak fatimah pulak, hari2 seperti biase melakukan khutbah harian beliau..pelbagai isu yang dibangkitkan dan diperkatakan oleh emak.. adik2ku yang 2 org tu tak abeh buat pe’el..

”KO KALO SPM NI TAK BUAT BETUL2, MAK KAWENKAN KO NGAN BAI JUAL ROTI TU”
Saniyah sukairan,
Surirumah,45 tahun

Itu lah ungkapan mak timah kepada adik ku yang nak SPM hujung tahun ni..klaka lak mendengarnye..



Haa...musti sume agak pelik dengan penceritaan yang tak de kene mengene nagn tajuk kan? Lalala...
Sebenarnye, luna (kucing rumah ni), sekor dah beralih arah ke rumah lain.. mungkin makcik itu mencalitkan minyak dagu kepada luna menyebabkan luna melekat kat umah tu..

”ACIK INGEK KUCING TU TAKDO TUAN EH, ACIK AMBEK LA..LAWA LAK BULU EH..TAK TAU PULAK KUCING TU KUCING UMAH KAU”
Makcik X,
Surirumah, 56tahun

Curang nye luna..siap ko, masuk umah ni balik, timah cucuk perut ko ngan pencungkil gigi.. ucapan saya untuk luna, ”COBALAH UNTUK SETIA”




Sekian, mekasih

2 comments:

ANUAR ZAIN said...

Huh berpinau jugak unkel baca cerita ni! Tu ler...susah jugak nak kaitkan dengan kesetiaan, cuma si Luna yang dah membawa diri tu!

aku seorang Temah said...

hahaha...rilek la unkel..unkel ni ANUAR ZAIN eh? nak SIGNNNNNN!!!!